ARAB SAUDI-Desa Laynah di sebelah utara Arab Saudi terkenal dengan telaga-telaga ajaibnya. Konon sumur-sumur ini telah dibina sejak zaman Nabi Sulaiman as.
Menurut legenda, jumlah telaga ini pernah mencapai sehingga 300 telaga. Beratus-ratus sumur di tanah padat berbatu di Desa Laynah ini digali oleh tentera jin atas perintah Nabi Sulaiman as. Tujuannya untuk menyediakan air minum bagi bala tentera Nabi Sulaiman.
Seperti dilaporkan Alarabiya, Desa Laynah terletak kira-kira 100 kilometer dari sempadan utara Saudi dan merupakan salah satu bandar bersejarah.
Menurut penyelidik dan ahli sejarah, Hamad al-Jasser, Desa Laynah dulunya adalah sebuah bandar yang dibina Nabi Suleiman. Laynah dipilih sebagai tempat singgah dalam perjalanan rombongan Nabi Sulaiman dari Yerusalem untuk menakluk Yaman.
Al-Jasser berkata hanya tinggal 20 daripada 300 telaga yang masih bertahan hingga saat ini.
Al-Jasser menambah, Laynah adalah salah satu tempat yang paling menakjubkan di dunia. Ini kerana tanah di kawasan ini keras dan berbatu, sehingga membuat tidak mungkin bagi siapa saja untuk menggali sumur ini. Berikut foto-foto perigi ajaib tersebut.
sumber islampos.com
ADS HERE !!!