SUATU ketika terjadi perdebatan antara keldai dengan serigala tentang warna rumput.
Keldai berkata: "Rumput berwarna kuning ..."
Tetapi serigala membantahnya: "Salah, rumput itu warnanya hijau!"
Demikian perdebatan berterusan dan belum menemui titik temu. Hingga akhirnya disyorkan oleh bangsa haiwan menemui raja hutan agar dapat menghakiminya dengan adil.
Di hadapan sang hakim, kedua-dua pihak menyampaikan hujah masing-masing. Hingga akhirnya tibalah masa dijatuhkannya keputusan dari raja hutan sebagai sang hakim. Dan betapa terkejutnya para peserta sidang ketika mendengar keputusan hakim, bahawa hakim memberikan hukuman penjara bagi serigala sedangkan keldai terbebas dari perkara.
Seketika itu serigala langsung protes kepada hakim: "Yang mulia, bukankan warna rumput itu hijau?"
Raja hutan: "Ya betul ..."
Serigala: "Lalu kenapa saya yang dihukum, padahal pendapat saya tidak salah?"
Raja hutan: "Pendapatmu memang benar, tapi kesalahan adalah ketika mengajak debat keldai tentang masalah remeh seperti ini, makanya aku penjarakan kamu supaya dapat mengambil pelajaran. Jangan sekali-sekali berdebat dengan seseorang yang bodoh dan tidak faham tentang masalah tersebut. "
ADS HERE !!!