AKAN ada beberapa tanda yang kita dapati sebelum Dajjal berada di tengah-tengah kita. Ya, sosok bermata satu, yang mempunyai tulisan "kaafir" di keningnya ini memang mempunyai misi yang paling berbahaya. Maka, Rasulullah ﷺ mewanti-wanti kepada kita, dengan mempersiapkan diri sebelum kedatangannya.
Rasulullah ﷺ memberikan kabar kepada kita bahawa sebelum Dajjal tiba, akan terjadi kemarau panjang. Ya, sekurang-kurangnya selama tiga tahun berturut-turut kemarau tersebut berlaku. Nah, sebelum ini akan terjadi kekeringan yang begitu dahysat. Hingga, sebebkan banyak orang kesulitan mencari air bersih. Dan tahukah anda, bahawa tanda ini sudah mula berlaku?
Dalam islamidia.com dijelaskan kisah Tamim Ad-Dari, keluarnya Dajjal di tandakan dengan keringnya tasik Thabariyyah (Tiberias), keringnya mata air Zughar, dan pohon kurma Baisan tidak berbuah lagi. Dan jika kita mengikuti perkembangan maklumat terkini tentang tiga petanda tersebut, sudah nyata berlaku.
Sudah dua tahun ini, pohon kurma di Baisan tidak berbuah lagi. Diikuti dengan semakin minusnya mata air Zughar. Dan yang paling mengejutkan adalah surutnya air di tasik Tiberias di Israel sudah sangat membimbangkan.
Sedemikian, sehingga kerajaan Israel sibuk mencari sumber air lain. Salah satunya perancangan penyulingan air laut. Seperti telah disebutkan di atas, bahawa dalam hadis lain dikatakan bahawa Dajjal akan keluar dari sarang ditanda setelah terjadi kemarau dan kekeringan selama kurun 3 tahun.
Oleh sebab itu, bukan lagi masanya kita hanya mementingkan dunia. Sebab, usia bumi ini sudah semakin tua. Ia sudah mulai lelah menjadi pijakan manusia. Terlebih ketika manusia itu berbuat kerosakan. Hal ini terbukti dengan banyaknya bencana yang berlaku. Maka, memperbaiki diri, lebih dekat pada Allah adalah penyelesaian terbaik untuk kita saat ini. Wallahu 'alam.
sumber islampos.com
ADS HERE !!!