Masjid Tozlaguzo yang terletak di negara bahagian Sivas, Anatolia Tengah, kini menjadi perbincangan hangat dunia maya, setelah mempunyai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh masjid-masjid lain di dunia.
Mempunyai menara azan berasingan daripada bangunan utama masjid, Masjid Tozlaguzo yang dibina sekitar tahun 1945 kini dinobatkan sebagai salah satu masjid terunik di dunia oleh para netizen.
Menurut penuturan kepala desa setempat mengatakan bahawa menara sengaja dibina terpisah jauh di atas agar penduduk Desa Tozlaguzo dan kawasan sekitarnya boleh mendengar alunan azan solat 5 waktu.
Hal ini kerana pada masa itu belum ada rangkaian listrik yang masuk ke Desa Tozlaguzo walaupun dunia sudah mengenal teknologi pembesar suara.
sumber eramuslim.com
ADS HERE !!!