Sebelum rampasan kuasa tentera berlaku Julai lalu, Erdogan telah mengeluarkan video bagaimana seharusnya rakyat Turki bertindak jika ada pihak yang ingin menjatuhkan negara itu.
Entah mempunyai firasat akan berlaku rampasan kuasa atau bagaimana, yang pasti Erdogan sudah melihat usaha-usaha konspirasi terhadap Turki yang telah mencapai kemajuan pesat selama dipimpin oleh Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP). Oleh itu pada 30 Mac 2014, menjelang pilihan raya presiden 2014, Erdogan mengeluarkan video iklan yang menggambarkan adanya usaha pihak yang menghendaki Turki jatuh.
Dalam video berdurasi 1 minit 20 saat ini, digambarkan seseorang menjatuhkan bendera Turki yang telah berkibar tinggi. Melihat bendera negaranya akan jatuh, sontak seluruh rakyat dari pelbagai elemen berlari menuju tiang bendera gergasi itu guna menyelamatkan bendera agar tidak sampai jatuh ke tanah.
Gelombang rakyat berlari secepat-cepatnya menuju tiang bendera. Meninggalkan segala aktivitinya. Demi segera tiba, tidak sedikit yang melompat ke sungai untuk menyeberang. Lalu mereka bersatu padu membentuk tangga raksasa sehingga dapat meraih tali bendera dan kembali mengibarkannya.
sumber http://www.tarbiyah.net/
ADS HERE !!!