Kita biasa mendengar mengenai kisah harta karun di Baitulmaqdis, Palestin. Berbagai kisah dan versi mitos mengenainya. Cerita lakonan Nicholas Cage bertajuk National Tresure dan Kingdom of Heaven sedikit sebanyak memberi gambaran mengenai perebutan Tanah Suci Baitulmaqdis oleh pihak Kristian yang bergelar Knight Templars. Bahkan sebenarnya mereka ingin menguasai harta kekayaan bumi Anbiya' yang bertuah itu!
Siapakah mereka itu?
Knights Templar (Pahlawan Templar) atau lebih mudah difahami Templar adalah suatu pakatan rahsia yang diusahakan oleh organisasi atau pergerakan pada asasnya memberi impak dan kesan yang besar terhadap awal Zaman Pertengahan. Organisasi rahsia ini membuka aksi kehebatan mereka dan menggegarkan dunia selepas terjadinya Perang Salib yang pertama (Crusade War), semenjak itu berlakunya perubahan politik dan melebar luasnya pengaruh mereka dalam politik negara-negara Eropah sehingga organisasi ini muncul menjadi kuasa besar Zaman Pertengahan.
Pada awal kemunculannya, Knights Templar memimpin dan bergerak berdasarkan tujuan utama mereka iaitu mempertahankan kesucian agama Kristian. Mereka menggunakan apa yang dinilai manusia ketika itu sebagai jalan menghampiri ketuhanan, akan tetapi dalam masa yang sama berlaku suatu perubahan dalam kepimpinan kepaderian bagi menjaga nilai-nilai kemurnian agama Kristian, iaitu percampuran ritual-ritual dan pengamalan yang berunsurkan kesyaitanan. Doktrin ini telah membangkitkan semangat kebencian dan perasaan di dalam hati mereka bahkan ingin menguasai masyarakat seterusnya menjajah ideologi agama Kristian. Kajian telah mencatatkan bahawa Templar memulakan operasi pergerakan mereka secara rasmi pada tahun 1307, hal ini tidak dapat disanggah lagi kerana peninggalan sejarah mendedahkan kegelapan rupa asal organisasi ini.
Pemerhatian yang dijalankan berdasar kepada dokumen-dokumen dan kajian
mengenai gerakan ini melalui beberapa sumber sejarah menunjukkan bahawa golongan Templar telah meninggal dan mengetepikan tujuan asal mereka, menjadi manusia yang tidak bertata susila, pemahaman dan pembelajaran agama yang mengelirukan dan terpesong identiti sebenar sebagai pengamal agama Kristian.
Golongan Templar sebenarnya telah memikirkan segala kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi berdasarkan metod-metod agama Kristian sendiri, pengalaman dan keperitan di dalam peperangan mengajar suatu perkara baru iaitu mendapatkan kekayaan yang melimpah dan menguasai tampuk pemerintahan yang tidak terbatas, kerana itulah apa yang diusahakan oleh mereka adalah menanamkan keimanan yang diseliputi kerahsiaan, pengamalan agama yang membingungkan dan ritual-ritual yang diajarkan berlandaskan kegelapan (di bawah pengaruh syaitan)
ADS HERE !!!