BAGI anda yang sedang mendapat musibah, barangkali 11 perenungan ini boleh membuat hati anda terhibur. Bahawa musibah bukanlah akhir dari kebahagiaan anda. Tapi kita boleh menjadikan musibah sebagai bahan renungan.
Renungkanlah, musibah akan terubat, kita akan sabar dan mengharap pahala dari sisi Allah.
1- Renungkanlah bahawa manusia dan hartanya semuanya milik Allah, semuanya hanya titipan di sisi kita.
2- Setiap orang akan kembali pada Allah dan akan meninggalkan dunia.
3- Allah akan memberi yang semisal dan yang lebih baik bagi yang telah hilang.
4- Ingatlah bahawa mengeluh dan merungut hanya menambah derita, bukan menghilangkan musibah.
5- Jika mau bersabar dan yakin semuanya kembali pada Allah, maka itu lebih besar pahalanya dibanding dengan tidak sabar.
6- Berkeluh kesah hanya membuat musuh kita senang dan membuat Allah murka.
7- Sabar dan mengharap pahala itu lebih besar ganjarannya daripada mengharap yang telah hilang itu kembali.
8- Jika kita redha terhadap musibah, Allah pun senang dengan sikap kita. Sebaliknya jika kita benci, Allah pun akan murka.
9- Ketahuilah bahawa Allah yang menurunkan musibah Maha Hakim dengan hikmah yang ia beri, Penuh Rahmat dengan kasih sayang yang dia beri. Allah tidaklah menimpakan cobaan untuk membinasakan hamba, bahkan untuk menguji seberapa kuat imannya.
10- Musibah itu datang untuk menhindarkan diri kita dari penyakit jelek iaitu ujub dan sombong.
11- Ingatlah bahawa mending merasakan pahit di dunia namun dapat merasakan lezatnya kehidupan akhirat.
Dirumuskan dari penjelasan Ibnul Qayyim dalam kitab Zaadul Ma'ad, penjelasan mengenai petunjuk Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam ketika merawat musibah. []
Sumber: https://rumaysho.com/
ADS HERE !!!